Apa Ada dalam kepala otak aku

Wednesday, January 17, 2007

darah 2



Darah darahhhhhhh





blue i

Saturday, September 09, 2006

My Heart...

Salam aku

Aku try carik lagu nie. Hehehe aku dengar camnie la chord dia. Ada part-part running tu aku skip jer..



Intro Em
My Heart
Bm F#
Di sini kau dan aku
D G
Terbiasa bersama
F# G
Menjalani kasih sayang
F#
Bahagia ku denganmu
Bm F#
Pernahkah kau menguntai
D G
Hari paling indah
F# G
Ku ukir nama kita berdua
F#
Di sini surga kita

Bm G
Bila kita mencintai yang lain
A Bm
Mungkinkah hati ini akan tegar
G A
Sebisa mungkin, tak akan pernah
G F#
Sayangku akan hilang...

Bm
If we love somebody
G
Could we be this strong
A
I will fight to win
Bm
Our love will conquer all
G
I wouldn't risk my love
A
Even just one night
F#
Our love will stay in my heart
Bm
My heart...my heart...
you tube tgk sini utk lagu nie

Thursday, August 31, 2006

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Salam aku,

Laungan merdeka berkumdang buat kali yang ke 49 malam semalam. Aku dengar kat radio era yang diiringi sebelumnya oleh nanyian dan persembahan konsert penyanyi tempatan.

Beberapa hari sebelum tu pun aku lihat gak berkibarnya bendera-bendera di rumah-rumah dan bendera-bendera di lekatkan di cermin-cemin kereta atau pun di bonet depan kereta-kereta orang ramai.

Aku? Sepanjang aku hidup aku tak pernah kibar bendera Malaysia. Aku pernah dengan member2 round badnar kuching naik motor konvoi malam merdeka sambil jerit "merdeka! merdeka!" tapi kibar bendera aku tak pernah. Sampai sekarang aku tak pernah.

Jadi tak patriotik ka aku? Aku nie tak tahu mengenang erti kemerdekaan?

Aku jawab, kemerdekaan bukan terletak pada berapa banyak bendera kita kibar, atau berapa besar bendera kita buat, atau berapa kuat laungan merdeka kita jeritkan. Bagi aku merdeka letaknya di hati dan minda kita. Chewah berfalsafah lak aku nie. Tapi memang betul pun.

Aku rasa aku lagi merdeka dari kebanyakan orang yang hanya bertopengkan merdeka. Mereka gah mengibar bendera dan menyanyikan lagu UMNO (sebab bagi mereka UMNO itu Malaysia dan merdeka) tapi hati dan perbuatan mereka jelas mahu merosakkan negara. Mereka makan rasuah, mereka menyuap orang rasuah, mereka menipu, mengadu domba, menekan orang lain dan sebagainya.

Mana-mana pak menteri yang naik keatas lebih suka berbincang berapa rating Siti nurhaliza dan Mawi kat tv dari rating berapa orang miskin yang kita tak bantu lagi? berapa ramai orang mati di lubnan yang kita boleh bantu? apa pendirian OIC dalam hal tersebut.

Bagi aku merdeka tidak patut hanya tinggal slogan. Malam merdeka tidak sekadar konsert dan pertunjukan bunga api. Hari merdeka tidak sekadar cerita lt adnan atau Embun dan paloh. Tetapi kemerdekaan ialah kesedaran akan erti sebenar kemerdekaan. yakni Merdeka dari penjajahan asing dan penjahanan menteri-menteri dan penguasa yang korup dari orang tempatan sendiri. Itu bagi aku... adalah KEMERDEKAAN!

Selamat merdeka kawan-kawan...

Saturday, August 26, 2006

parents aku datang

salam aku,



Bestnya mak bapak aku ada sini. dah berapa bulan tak jumpa... hehhe

leh la tidur bawah ketiak mak aku.. hahahhaa

Friday, August 25, 2006

Harapan...

HARAPAN Artis: Fazli Zainal

Bm A
Doaku agar kaukan selalu bahagia,
D F#
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Bm A
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
D F#
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Em A Bm
Ku tinggalkan memori bersamamu,
Em G F#
Kuundur diri bersama harapan.


Chorus :
Bm A
Tidak kesampaian cinta kita,
D F#
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Bm A
Ku dikejauhan mendoakan,
D F#
Agar kau bahgia tiada lagi duka.

Em A Bm
Daku rela mengundur diri,
G A Bm
Ku pasti dikaukan fahami ...

Bm A
Tiada penyesalan kasihku korbankan
D F#
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Bm A
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
D F#
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku...

Dengar lagunya di sini:
http://profile.myspace.com/index.cfm?fuseaction=user.viewprofile&friendid=69549545

Thursday, August 17, 2006

They just make me smile (sometimes laugh)

Salam aku,

Ala kadang-kadang tensen memanjang pun tak de paedah je kan. So aku postkan beberapa penemuan terbaru aku yang boleh buat aku tersenyum (atau pun ketawa)... Some aku letak link some aku boh jer...

aku ler...


Jessica simpson nye twin: http://cityrag.blogs.com/photos/uncategorized/jessica_simpson_twin.jpg





cartoon pictures comics funny cartoons comic art cartoon characters
dah ler cukup2 la

Filem Gubra dan aku...

Salam aku,

Mungkin aku nie ditakdirkan di antara manusia biasa (bukan pembuat, penerbit, pelakon dll) filem yang berjaya melihat Pesta Filem Malaysia 06 tempoh hari secara live. Aku duduk di kerusi nominees bersama dengan pelakon dan producers yang lain. Antaranya Mamat Khalid (penulis skrip Rock dan Man Laksa) dan U-wei -dua pengarah/penulis skrip yang aku respect.

Aku juga ditakdirkan mendegar ucapan Sh Amani dan selepas pesta tersebut sempat berborak sekejap dengan beliau dan kakaknya.

Selepas peristiwa tersebut aku nekad untuk menonton cerita Gubra (yang menjadi sambungan kepada cerita sepet). Malangnya, aku cuba membeli yang ori, yang ada tak ori je so aku belasah la jugak :D (Sori Yasmin)

Aku nak membuat dua komen:

1. Cerita Gubra, despite of all yang orang cakap tentangnya, adalah satu cerita yang benar-benar memberikan aku satu impak yang aku sudah terlalu lama tidak rasa (perempuan, isteri dan ... adalah salah satu cerita yang aku rasa best gak). Selepas tamat menonton filem tersebut, ia membuatkan aku rasa nak menangis. Menangis bukan sebab sedih, tetapi menangis sebab aku rasa macam nak menjerit "BEST NYERRRR!!!!".

Memang best. Yelah jangan compare dengan cerita Hollywood, hongkong, thailand etc. tapi compare dengan market tempatan. Kutuklah. Katalah pencemar budaya ke (ala macam cerita lain tu tak mencemar budaya. Siap pelakon dedah sana sini rambut dye jadi kuning siap ada tindik tu bukan pencemar budaya ker?) apa sajalah nak komen, aku tak peduli. Ini blog kepala otak aku. Aku kata ianya BEST!

2. Kisah pasal sh amani tu. I was there when she said those words straight in front of her. I still can recall her face and her words. Ceritanya mula-mula dia cakap melayu. YElah being so excited, teruja, menang anugera she was stratled. cakap pun tak lancar. So she said these words " I sound stupid if I speak malay. So i'll speak in English".

Si bodoh politician yang dok jadi menteri penerangan tu paham maksud ayat di atas "Aku akan bunyi (nampak) bodoh kalau aku cakap melayu, so aku cakap omputeh". Ayat nie pun dikokokkan oleh si pencacai tua-tua yang lain. walhal maksud dia ialah: "kerana aku nie gembira sangat sampai aku cakap melayu pun tersangkut-sangkut. Kalau aku teruskan jugak mesti aku akan nampak bodoh. So aku cakap la omputeh."

Dia orang marah sangat dengan sh Amani nie cakap omputeh. Aku kata apa nak marahnya. Ko orang jugak yang ajar kita org supaya belajar cakap omputeh. Habis semua sistem education engkau orang tukar jadi orang puteh konon nak jadi competitive dengan dunia luar, tapi bila anak bangsa engkau boleh cakap omputeh ko marah. ko herdik, ko hina. Ceh talam dua muka la ko orang nie.

Bagi aku nak komen tak salah. Nak kutuk tak salah. Kalau bontot ko orang sendiri tu tak de taik (mind my language). Bezakan antara kutuk dengan constructive critcism. Kalau tak reti mendenye tu pi bukak kamus.

Okla sampai di sini saja. Aku pikir hal nie, orang bodoh je yang paham macam apa yang pak menteri tu paham kemudian siap keluar akhbar. Macam budak2 hingusan la...

Aku ler...

WHY we Hurt the Most... The one We Love the most... - Damn Yasmin. Teruskan apa yang you buat...

Tuesday, August 15, 2006

Menghitung masa



Salam aku,

"Dua belas empat puluh.. Dua belas empat puluh satu... dua belas empat puluh dua..."
"Kau buat per tu mat!" sergah Halim pada Mat Jon yang tengah merenung tajam Jam di dinding rumahnya. Jarinya dan matanya tidak lari dari terus memandang jarum minit dan saat tat kala ia berlalu.

"Kira masa. Masa berlalu aku kira..." Jawab Mat Jon sambil matanya masih melekat di jam tersebut.

"Buat per? bukannya jam tu nak berhenti pun" Juih Halim pada Mat.

"Betul. Masa tak berhenti. Cuma aku takut masa aku yang berhenti. Jadi aku menghargai setiap saat yang ada tinggal pada aku." Jawab Mat Jon bodoh.

"Berapa saat yang tinggal pada kau?" Tanya Halim sinis.

"Tak banyak.... tak banyak..." Mat menggelengkan kepala...

Aku ler...